Wednesday 20 June 2012

Anda Pemancing Tegar?

Adakah anda pemancing tegar? Apa yang anda lakukan apabila anda tidak dapat memancing? Salah satu aksi tegar pemancing adalah seperti berikut.

Ini level 9 ni. Tegar gila. Kalau isteri tak bagi memancing, pinjam mainan anak la.


Level 11. Di mana ada air di situ aku casting.

Level 15. Ni kes-kes patah hati ni. Di mana ada parit di situ aku bottom!

Okey.. Sambung kerja tu. Karang bos datang, restricted terus GPIII punya blog. hahaha



Sunday 17 June 2012

GPIII : Gear Line Up


Entri hari ini nampak macam starting eleven main bola pula. haha. Kan sekarang demam Euro. Jadi GPII pun membuat tajuk post yang macam main bola punya. Dalam post ini GPIII akan menceritakan apakah barang yang selalu dibawa oleh ahli GPIII semasa memancing. Untuk perhatian, ini cuma cadangan sahaja dan inilah yang selalu dibuat oleh GPIII.

1. Beg
Secara peribadi BadukangBoy selalu membawa beg untuk menyimpan barangan seperti alatan memancing, makanan, air, beg plastik, jaring ikan dan macam-macam lagi. Bawalah apa yang anda rasakan perlu.

2. Rod
Kalau anda ingin memancing teknik handline, tidak perlulah membawa rod. Untuk laut dalam pula, bawalah rod spare kerana seringkali terjadi rod patah semasa memancing. Kalau bawa satu sahaja, awal-awal suda boleh cakap kumpau. Handline la jawapannya. Bagi GPIII kami selalu membawa rod terbaik. Bagi BadukangBoy, dia selalu membawa rod kegemarannya yang dinamakan BadukangBoy. Tetapi kebelakangn ini dia lebih suka membawa rod 10-12lb.

3. Reel/Kekili
Bawalah kekili terbaik anda dan pastikan ianya telah diisi dengan tali pancing. Takkan sampai port baru mau isi kan..

4. Extra main line.
Well, manalah tau ikan drag tali jauh-jauh then putus. Yang tinggal hanya 10m. Sakit hati tu. Bawalah tali pancing spare juga.Bawa segulung dah la. Jangan bawa semua stok. haha

5. Batu ladung, Mata kail dan Gewang.
Pastikan semuanya cukup dan jika anda ingin membuat aksi bottom bawalah umpan yang cukup.

6. Kompas, Mancin dan Lampu suluh
Mancis berguna jika anda ingin membuat bbq setelah dapat ikan ataupun bila kumpau boleh bbq umpan udang, sotong, ikan yang dibawa. Jangan bbq umpun sudah..Lampu suluh berguna jika anda memancing pada waktu malam dan kompas pula bila anda sesat. Bagi yang Muslim, anda boleh menentukan Kiblat dengan menggunakan kompas. Bagi Malaysia bearingnya dalam 290-291 darjah dari utara.

GPIII : Anglers Gear Line Up [Eng]

The entry for today sounds like a starting eleven in football match.. Well its Euro Fever now, So GPIII decided to make it looks like football. In this post, GPIII will tell about the gear or stuff that we need to bring   when we want to go fishing. Take note, this is only a suggestion from GPIII and what GPIII always do.

1. Bag pack.
Well personally BadukangBoy of GPIII always bring a bag to store stuff like fishing gear, food,water, plastic bag, fish net and so on.

2. Rod
Except you are going to do handline fishing then you need to bring your rod when you go fishing. For deep sea, make sure you bring spare since there are always cases, your rod broke during the trip. Better be ready for any trouble that might occur when you are on deep sea fishing. For GPIII we like to bring our favourite rod. BadukangBoy always bring his favourite rod which he named it BadukangBoy. lol. But nowadays he only bring his 10-12 lb rod.

3. Reel
Bring your best reel too, and make sure it already loaded with lines. Theres no way you want to load your lines when you reach the fishing spot.

4. Extra main line.
Well in case your line was dragged too far and boom, the you need to reload your lines. haha

5. Sinker, Hook, Lure
Make sure you have enough of this and if you are going to do some bottom fishing, make sure you have enough baits.

6. Compass, Lighter, Torchlight.
Lighter if you plan to do bbq once you get fish, or when you didnt get any and want to eat your own baits. lol. Torchlight, you will need this if you go on night fishing trip. Compass, well in case if you lost, you still got something to rely on. For muslims you can use compass to locate the direction of Qiblah. In Malaysia our bearing is 290-291 degree from the north.

Friday 15 June 2012

Euro Fever II

We are anglers. We do love football/soccer. Same goes to fish. They are in the mood of Euro Fever too. Look at the picture below. :)

Look closely at the fish on the left. When you see it, it reminds you to which player? hahaha.. For me its look like Mario Balotelli. LOL

Trip Super Kumpau Lohan Akuakultur vs Sungai Biru

Lepas Trip Patin Oh Patin hari tu, Kakak pula tidak puas hati sebab tak da patin dia dapat tarik. So, hari seterusnya satu lagi trip diatur untuk memuaskan hati-hati pemancing yang tidak puas hati akibat ke"kumpau"an ikan patin pada hari sebelumnya. Tapi kali ini nasib betul-betul tidak menyebelahi di mana bila sampai ke Lohan Akuakultur, Penjaga kolam dah balik. Dia gi tolong buat pelamin. Anak buah kahwin.

Jadi padang permainan ditukar ke Sungai Biru Lohan kerana Lohan Eco Ranch terlalu jauh dan hari mula mendung. Takut pula budak-budak yang ikut ni kena hujan, demam susah nanti. Sampai sahaja di Sungai biru di kolam utama ikan tilapia dalam 500g-900g mula berkejar-kejaran. Tengok dekat2. Fuh!! Baung besar lengan BadukangBoy yang sudah naik berat ni. hahaha. Bukan itu sahaja. Ikan Kaloi dalam anggaran 2kg + pun ada. Ini yang membuatkan tangan mula gatal.

Tapi apakah daya apabila ditanya kepada penjaga Sungai Biru, adik perempuan yang jaga itu memberitahu "Tauke tidak bagi pancing oh" Boom! Straight Strike Kumpau. Ceh... rugi umpan... nasib la hari hujan.. kalau tidak... hmm.. apa pun diharap trip seterusnya akan berjaya. Layan la dulu gambar-gambar kumpau ni.


Rupa-rupa kumpau... Kesian... nanti masa raya la kita mancing lagi.. :)

Trip Patin Oh Patin Lohan Akuakultur

Lama dah terperap Trip ni dalam Laptop belum Upload gambar lagi. Kali ini trip sukses masa cuti hari tu. Port biasa, Lohan Akuakultur. Kali ni bos mau try tarik patin. Maklumlah trip sebelum ini telah berjaya meracun Admin Jom Pancing untuk mencuba Patin Lohan Akuakultur. Dengar kata beberapa hari sebelum trip ini, ada orang pancing Keli Afrika 4.5 Kg. Dapat seekor terus balik. Apapun semoga terhibur dengan ikan-ikan dalam Trip Patin Oh Patin Ini.

Ini main tipu. kena di badan. BadukangBoy hanya mampu melihat dari jauh. Bos suda strike dulu.


Admin Jom Pancing a.k.a Esam naik keli pula. Memang tegar ni. Sampai dari Beaufort saja terus bawa gi mancing. Jeles tengok ikan kami tu. haha


BadukangBoy jeles. Ambil kesempatan enterframe. hahaha


Happy oh ni bos dapat tarik patin. Yang ini kecil saja.


Naik lagi. Sukses betul oh bos kali ni


Mana mau lari? Ini Lohan Akuakultur Abang Long yang Pegang!!


BadukangBoy : Aku tidak kumpau!!!


Trip Lohan Akuakultur yang seterusnya akan dijalankan masa raya nanti. booking sudah dibuat awal-awal lagi. untuk memastikan ikan-ikan ini bertambah besar saiznya. hehehe







GPIII : Thanks Anglers

This time GPIII will post in English since currently our traffic shows that there are visitors from other countries. But GPIII will still post in Malay for all the fishing trip that still in our store. By the way in this post we would like to say thanks to all our blog readers. Thanks for reading and visiting our blog. Its a happy moment when our traffic shows there are about 20 peoples comes to our blog these days.

We will continue to post everything that crossed our mind related to fishing arena. It will involves many aspects such, our fishing trip, our tips and tricks, fishing games, fishing spots and so on. By the way, we will try to upload at least 2 post everyday. We got tons in our storage.


Last but not least thanks to GPIII readers. This one for you.

P/s : By the way please leave your comments, so that we can improve our blog entry for the future. :)

Arapaima Gigas : Ada Berani?

Layan Video ini dulu..


Ikan air tawar terbesar, Arapaima Gigas atau pun orang Brazil panggil "Pirarucu" nasib bukan Picollo@Pikor dalam Dragon Ball tu. Boleh didapati di Brazil ataupun lebih spesifik Amazon. Kalau mau memancing ikan ini, mesti CNR, hanya orang asli kawasan itu boleh makan ikan ini. Kalau dapat ke Amazon mesti mau cuba pancing ikan ini. Ikan Piranha pun bolehlah... Tapi bila ingat Amazon teringat pula bapa ikan haruan ada di sini. Anaconda. fuiyoo~



Bagi yang suka tengok Channel 552-555 Astro mesti kenal dua orang ni. Yang orang  putih tu la.. Dua manusia selalu memancing ikan-ikan yang bertaraf Monster fish. Dah memang rancangan dorang ini Monster Fish. Hahaha.

Arapaima boleh mencecah panjang dalam 2 meter dan lebih dan melebihi berat 100kg. Dikatakan panjang maksimum ikan ini ialah 4.5 m dan berat maksimum pernah dicatatkan ialah 200kg. Ini kalau mau patang pinggang mau lawan. Dalam rancangan Monster Fish, Ikan ini akan keluar menarik oksigen di permukaan air, pada masa inilah umpan akan ikan dilontar berdekatan dan.... strike... apa lagi.. layan.. satu ekor sehari comfirm patah pinggang. haha


Thursday 14 June 2012

Anglers Euro Fever

Sebelum tidur hari ni mau post satu lagi. Disebabkan sekaran musim Euro.. mesti ada brader2, otai2 yang tak turun lepas tengah malam. Kalau ada.. mungkin jadi seperti di bawah?

Aksi terlampau. Kaki pancing tegar Level 9 hahaha

GPIII : Funny 1

Kita rehat-rehat dahulu dan layan gambar-gambar lucu di bawah. Semoga terhibur.


Tidak lama lagi puasa. Rasanya adalah yang gian sampai memancing macam brader ni. Ni kes-kes terlampau gian ni tau.


Kalau ini yang hook up. Apa yang anda akan buat? Ni kalah Jack Sparrow punya ni.


Ada berani? Ini baru tegar. Aksi terlampau

TCE Tackles Sadong Kota Kinabalu

Kedai pancing lagi. Hari ini TCE Sadong. Dulu-dulu Sadong ni tempat makan-makan bila malam. Ada banyak gerai dan banyak pilihan makanan. TCE Sadong menjadi satu pilihan untuk GPIII membeli alat-alat pancing kerana terdapat banyak pilihan walaupun terhad. Di sini GPIII pernah membeli hook, sinker, lure dan beberapa ahli GPIII pernah membeli senjata di sini. GPIII berharap agar pembaca menjumpai kedai ini dengan bantuan guide yang dimuat naik ini.

Map bagaimana untuk memasuki Sadong. Map ini untuk masuk dari pusat bandar. Boleh juga masuk dari Sembulan.


Close up map Sadong


Map dari TCE


Kedai TCE Sadong



Wednesday 13 June 2012

TCE TACKLES Putatan, Sabah

Ingat mau post map kedai ni tengah hari tadi tapi apakah daya, tiada elektrik so sekarang baru dapat post. Dalam post hari ini GPIII akan berkongsi satu lagi kedai pancing yang boleh didapati di Sabah. TCE Tackles. Mesti semua pun tahu kedai TCE tapi di mana mahu mencarinya? Di Kota Kinabalu ada dua kedai TCE salah satunya di Putatan. Jauh sikit dari pusat bandar. Tapi kalau mahu cari umpan, Pasar dekat saja. haha.


Google Map untuk ke kedai TCE Putatan


Map dari kedai. Hehe Copy copy


Depan Kedai TCE

GPIII pernah beli stand saja di sini. On the way mau memancing di Sungai kinarut. Haha. Last-last kasi habis umpan di Jambatan Likas.

Tuesday 12 June 2012

Lohan Akuakultur Ranau

Lama tidak update fishing spot walaupun ada trip ke tempat-tempat yang ada dalam post-post sebelum ini. Kali ini GPIII akan berkongsi satu spot yang terdapat di Ranau. Oleh kerana susah mahu mencari port memancing di Ranau, GPIII muat naik Map/Peta untuk ke Lohan Akuakultur.


Map jika dari Pekan Ranau. Silalah bertanya dengan penduduk setempat jika tidak dapat mengenali tanda-tanda yang diberikan oleh GPIII ini. Maaf kerana Google Maps tidak begitu clear di tempat ini.


Full map Lohan Akuakultur


Close up Lohan Akuakultur



Sedikit gambar-gambar dari trip-trip/post yang lama untuk tatapan :P



Mata Kail Oh Mata Kail



Mata kail. Salah satu elemen yang wajib dibawa untuk setiap trip. Bagi yang suka acara Bottom, mata kail memang menjadi keperluan. Bagi yang Casting selalunya memang "ready-made" la setnya. hahaha. Apa pun dalam post ini, GPIII ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai penjagaan mata kail.

Seperti yang kita ketahui, bukan semua kaki-kaki pancing ini banyak $$$. Kalau boleh cop duit sendiri, Gabenor Bank Negara pun letak jawatan. Kalau mata kail cap ayam, sekali pakai buang boleh lah.. Kalau yang harga pun kaw-kaw, mesti dijaga, diguna semula. Walaupun ada yang mengatakan mata kail yang suda digunakan tidak lagi tajam seperti sebelumnya, tetap ia boleh membuatkan ikan menyangkutkan mulutnya di kail. Oleh itu tidak salah jika mata kail diguna semula.

GPIII belum bertapak lama tetapi daripada nasihat rakan-rakan dan Otai-otai ada beberapa petua untuk menjaga mata kail. Apabila balik daripada trip, terutamanya Trip air masin, Mata kail perlu dicuci dengan air tawar untuk membuang garam yang melekat pada mata kail. Selepas itu letakkan di tempat khas mata kail yang sudah digunakan. Jangan sekali-kali letakkan bersama dengan mata kail baru jika tidak mahu putih mata. Seorang rakan menasihati GPIII supaya mengasingkan kerana jika mata kail tadi berkarat, ia akan menjangkiti mata kail baru yang lain. Hal yang sama juga perlu dilaksanakan kepada gewang-gewang dan juga rod dan kekili. Itulah sedikit petua yang dapat dikongsikan bersama untuk hari ini.


Sunday 10 June 2012

Website Pancing GPIII

Dalam post kali ini GPIII akan membuat sedikit review mengenai beberapa website pancing yang selalu dilayari. Semua website ini banyak membantu ahli-ahli GPIII dalam arena ini.

1. Team Ombak Biru : www.teamombakbiru.blogspot.com

Tidak dinafikan inilah blog pertama yang port-port mereka telah cuba dijelajah oleh GPIII. Dari Kota Kinabalu sampai ke Bintuka semua dicuba setelah diracun oleh ikan-ikan mereka. Antara port-port yang berjaya dijelajah oleh GPIII adalah seperti Sutera Harbor, Teluk Villa, Bintuka dan beberapa port lagi. GPIII juga banyak belajar daripada blog ini seperti penjagaan alatan, ubah suai dan banyak lagi. Apa pun mungkin disebabkan oleh kesibukan Admin, hanya beberapa post akan dimuat naik dalam sebulan.


2. KINGFISH ANGLERS http://esmajim.blogspot.com/

Setiap minggu GPIII menunggu post daripada blog ini kerana ianya sudah seperti majalah JUMP! Jepun. Setiap minggu pasti ada post baru yang sungguh meracuni jiwa ahli-ahli GPIII. Apa yang boleh dikatakan, KINGFISH ANGLERS tidak pernah KUMPAU. Ada saja hasil yang dibawa balik. Hujan ka, ribut ka, ada saja hasil untuk dibawa balik. Bagi yang pernah mengikuti KINGFISH, Trio ini ada ONG  yang kuat. Hehehe. Apapun disebabkan masa yang selalu tidak kena, GPIII belum pernah mengikuti KINGFISH untuk mana-mana trip. Insya Allah pergi juga.


3. Handline Fishing. www.handlinefishing.com

Handline Fishing bukan bermakna hanya memancing menggunakan teknik handline. Dalam website ini ada mengajar teknik ikatan dan teknik umpan. Ada beberapa teknik ikatan yang tidak pernah GPIII ketahui sebelum ini. Apa yang menarik mengenai website ini ialah Admin telah memuat naik setiap nama ikan, CNR dan beberapa spesifikasi/jenis/nama saintifik yang boleh didapati di perairan kita. Dari ikan yang cantik hingga ikan yang tidak pernah dilihat. Website ini juga menyenaraikan ikan-ikan yang beracun/berbisa dan bahagian ikan yang bisa itu.


4. Jom Mancing www.pulaugaya.blogspot.com

Jom mancing juga salah satu blog yang dilayari GPIII. Ahli GPIII juga selalu turun bersama Admin blog ini. Admin ini juga banyak mengajar teknik-teknik memancing dan juga banyak men-sponsor trip memancing bersama. Hehe. Walaubagaimanapun, Admin blog ini rajin untuk menghantar artikel ke majalah pancing. Oleh itu, gambar ikan yang top akan selalu dimuatnaik lambat. Jika dimuatnaik awal, majalah akan reject.



5. RESEPIHIDUPKU www.resepihidupku.blogspot.com
Mr.Mama, Admin blog ini merupakan salah seorang yang banyak mengajar GPIII dalam arena memancing. Beliau juga sering membawa GPIII pada hujung minggu. Dari Anglers Delight sampai ke UITM. GPIII berkenalan dengan Mr.Mama semasa memancing dekat pelabuhan Kota Kinabalu. Blog Mr.Mama banyak berkaitan dengan masakan. Bagi yang suka memasak bolehlah cuba resepi-resepi beliau. Semuanya membuatkan GPIII terliur.


6. Puaka Joran www.puakajoran.blogspot.com
Puaka Joran merupakan salah satu blog yang selalu dilayari. Ikan-ikan blog ini sangat meracuni GPII. Walaubagaimanapun banyak port dalam blog ini tidak dketahui oleh GPIII. :P


7. MET www.met.gov.my
MET mesti dilayari. Web ini memberi banyak info mengenai cuaca. Senang untuk mengatur trip-trip memancing di lain hari.


Inilah sebahagian website yang dilayari oleh GPIII. Selamat membaca dan semoga dapat membantu dalam arena memancing ini. :D

Tuesday 5 June 2012

Olympus Tough : Compact Cam

Olympus Touch. Masa di Miri hari tu, sebab x da kedai pancing yang dijumpai, sempat la tengok-tengok gadget sama kawan.. Tertarik pula sama cam ni. Sebab dia state waterproof 1.5m sama Shockproff 5m. Bila suda baca ada tambahan lain pula. Freezeproof (Ble kali bawa mancing di Antartika)

Apapun cam ni 14megapixel + 3.6optical wide zoom dan beberapa lagi. Yang utama dan menarik bagi BadukangBoy, Cam ni ble masuk air. Kalau air jernih ble la tangkap gambar ikan dalam air. heheh.. Tapi masa di Miri harga dia.. pehh mahal gila RM 899. Sekali di KK baru RM 688.. nasib nda beli masa di Miri.

Jom tengok preview dia. Ada dua model tapi dua-dua pun ble buang masuk air. hehehe

Ni yang saya mau tu. hehehe


Dalam air tu...

Ble masuk air tangkap gambar ikan yang hook up

Jangan pandang tempat lain. Tengok tu cam saja. haha




Kedai Pancing Kota Kinabalu : SS Kota Marine

Kedai pancing SS Kota Marine, Kota Kinabalu. Rasanya Kedai pancing ini yang paling dekat kalau di KK. Bukan apa.. dekat sama Centre Point. Sana la tempat jalan2 yang dekat. Lagipun senang mau cari ni Kedai. Cakap ja sebelah Le Meridian confirm jumpa terus bagi yang biasa jalan-jalan di KK. Di sini GPIII pernah beli Rod, Reel, lures, dan semuanya. Banyak pilihan banding beli di Eaton haha. Apa pun bagi yang tidak biasa jalan di KK tengok map di bawah sebagai guide. :)

Dari sebelah Meridien

Jalan dari Centre Point. Keluar ikut pintu untuk ke Warisan Square

Signboard SS Kota Marine.

P/S : Selamat membeli belah~~~

Monday 4 June 2012

GT : [G]eng-geng ikan pu[T]ih

GT atau nama penuhnya Giant Trevally atau senang cerita Ikan Putih punya keluarga la. GT mengikut pembacaan GPIII (Yang ini bukan ikan) , GT merupakan salah satu ikan pemangsa yang power. Mungkin sebab dia suka minum tongkat ali Power Root (ada-ada saja).

Diet ikan ini bergantung kepada kawasan dan masa yang berbeza setiap hari. Kalau di Afrika Selatan, GT dikatakan paling aktif pada waktu fajar dan pada waktu senja. Daripada pembacaan lagi, GT hanya akan matang apabila mencapai ukuran 54-61 cm panjang dan mengambil masa dalam 3 hingga 4 tahun. Wah bos~ kalau nda sampai 54 cm masih lagi budak-budak la tu. Belum lagi ble dibanggakan GT yang saya tarik di Bintuka tu ari.. adeh...

Di perairan Indo-Pacific(Lihat Peta), GT merupakan ikan yang kuat, tahan lasak dan memberikan tentangan yang hebat. (Merujuk kepada Team Ombak Biru bila hook up sama GT larian dia menekan ke bawah. Tips untuk meneka ikan apa yang hook up)


Terdapat banyak cara untuk memancing GT. Daripada hirisan ikan kepada Udang. (Bintuka punya GT pandai kalau bottom, letak hook di ekor, dia makan kepala, letak di kepala dia makan ekor).

Walaubagaimanapun di area Hawaii, GT dikaitkan dengan keracunan atau lebih dikenali sebagai ciguatera posioning. Bukan sebab merokok tau ni.

Antara cara lain untuk memancing GT ialah dengan menggunakan gewang (Minnow,jig, spoon, popper) dan sebagainya. Apabila Jig dan Popper mula dikenali, GT merupakan salah satu ikan yang popular untu dijadikan mangsa Catch and Release.


Seterusnya mari kita lihat antara keluarga GT.

Giant Trevally


Bluefin Trevally


Big Eyes Scad


Big Eyes Trevally

Indian Thread Fish (Ebek)


Golden Trevally ( Er.. Ikan Emas? hahaha)


African Pompano (Cermin nda silap)


Queenfish (Talang)


Dan beberapa lagi geng-geng lain. Hehehe.. Untuk lebih lanjut sila layari Handline Fishing


Reference :
Alevizon W.(2012). Indo Pacific Map. Retrieved June3, 2012 from http://www.coral-reef-info.com/image-files/indo-pacific-map.gif
Wikipedia (2012).Giant Trevally. Retrieved June 3, 2012 from http://en.wikipedia.org/wiki/Giant_trevally

Umpan GPIII

Dalam post kali ini, GPIII akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai umpan yang pernah digunakan oleh GPIII dalam sesi memancing.

1. Cacing 

Umpan cacing biasa digunakan oleh semua pemancing. Umpan universal (Merujuk kepada majalan UMPAN). Umpan ini selalu digunakan untuk memancing di kolam atau sungai. Umpan cacing biasa la guna di Lohan Eco Ranch/Lohan Akuakultur atau Sungai Biru. Sasaran biasa Talapia, Patin dan yang terbaru Keli. Itu pun bila pancing dasar. Tapi kalau di bel;akang rumah bukan cacing jenis ni... Cacing kerawit oh. panjang lengan pun ada, macam ular da tengok. hahaha


2. Anak ikan

Anak ikan biasa untuk memancing ikan-ikan yang rakus-rakus belaka. hahaha.. walaupun pernah guna tapi masih belum pernah strike guna umpan ini. Tapi dalam blog Team Ombak Biru naik Siakap 22 Kg guna ikan kembura hidup. Dorang kan taiko, kami kan junior,, jadi percaya la. hehehe.. tapi memang betul la.


3. Hirisan Ikan
Hirisan ikan pun power. Ini sebab bau dia mmg fuh! mantap. Tapi selalu memancing dapat ikan yang nda fresh. nda best mau memotong. Pernah guna di Sutera Harbor ni. Bottom sampai pagi. Banyak juga yang sambar. Semilang pun menyambar. 


4. Gewang
Mula-mula nda yakin ikan mau makan besi. Tapi bila sudah strike baru la rasa karan dia. Punya best. Dari spinner sampai spoon pun kena sambar. Ini kali la. Hehe.. Sampai putus spinner 6g masa di Lohan Eco Ranch. Last2 membeli lagi sampai 5/6 biji satu kali beli.


5. Udang (Hidup / Isi Udang)

 Umpan udang memang paling selalu guna la dalam setiap trip yang melibatkan air masin/payau. Umpan hidup yang ni la buat naik GT di Bintuka itu hari. hehehe. Kalau di Anglers Delight, Isi udang bikin casting baru dapat menarik Siakap. 2 kali da tu.Belum campur yang rabut. Adeh.. sakit hati oh..


6. Sotong


Sotong. Pun selalu guna juga. Ni kalau Badukang memang semua telan. Ini yang buat kami tarik sampai 22 ekor badukang di Jambatan Likas. Tapi pengalaman 1st memotong sotong : dakwat percuma. Nda pandai potong kan...


7. Umpun
Umpun. Umpan pilihan bila Auntie Cina di sembulan cakap " Tiada Udang" . Beli dalam RM5 banyak suda tu. Nda payah banyak2.. bukan ble makan... kalau udang lain la... Ble campur maggi. 


8. Perut Ayam.
Sepanjang umurku, ceh macam lagu.. haha.. Baru satu kali guna perut ayam. Mau pancing Tilapia ja.. Turun ja dalam kolam FRENZY semua ikan. Menyambar saja kerja. Memang berkesan oh guna perut ayam ni. Tapi nda tau di mana ada jual. Dulu ngam-ngam kena masa kenduri.. 


9. Palet
Serius.. Guna palet paling nda disukai. Senang hancur bila dalam air. Sudah tu nda dimakan ikan lagi.. Nda bestnya macam tu. Apapun pernah juga dapat 2 ekor la guna palet. Tapi tu pun orang buat.Sendiri buat jadi Kuih raya adalah. 


P/S : Gambar-gambar di atas di-crop dari blog lain. Spinner tu ja saya punya. Lost track blog mana. Mau bagi kredit tapi.. hehehe Sori Bos.. :P