Friday 15 June 2012

Trip Super Kumpau Lohan Akuakultur vs Sungai Biru

Lepas Trip Patin Oh Patin hari tu, Kakak pula tidak puas hati sebab tak da patin dia dapat tarik. So, hari seterusnya satu lagi trip diatur untuk memuaskan hati-hati pemancing yang tidak puas hati akibat ke"kumpau"an ikan patin pada hari sebelumnya. Tapi kali ini nasib betul-betul tidak menyebelahi di mana bila sampai ke Lohan Akuakultur, Penjaga kolam dah balik. Dia gi tolong buat pelamin. Anak buah kahwin.

Jadi padang permainan ditukar ke Sungai Biru Lohan kerana Lohan Eco Ranch terlalu jauh dan hari mula mendung. Takut pula budak-budak yang ikut ni kena hujan, demam susah nanti. Sampai sahaja di Sungai biru di kolam utama ikan tilapia dalam 500g-900g mula berkejar-kejaran. Tengok dekat2. Fuh!! Baung besar lengan BadukangBoy yang sudah naik berat ni. hahaha. Bukan itu sahaja. Ikan Kaloi dalam anggaran 2kg + pun ada. Ini yang membuatkan tangan mula gatal.

Tapi apakah daya apabila ditanya kepada penjaga Sungai Biru, adik perempuan yang jaga itu memberitahu "Tauke tidak bagi pancing oh" Boom! Straight Strike Kumpau. Ceh... rugi umpan... nasib la hari hujan.. kalau tidak... hmm.. apa pun diharap trip seterusnya akan berjaya. Layan la dulu gambar-gambar kumpau ni.


Rupa-rupa kumpau... Kesian... nanti masa raya la kita mancing lagi.. :)

No comments:

Post a Comment