Sunday 17 June 2012

GPIII : Gear Line Up


Entri hari ini nampak macam starting eleven main bola pula. haha. Kan sekarang demam Euro. Jadi GPII pun membuat tajuk post yang macam main bola punya. Dalam post ini GPIII akan menceritakan apakah barang yang selalu dibawa oleh ahli GPIII semasa memancing. Untuk perhatian, ini cuma cadangan sahaja dan inilah yang selalu dibuat oleh GPIII.

1. Beg
Secara peribadi BadukangBoy selalu membawa beg untuk menyimpan barangan seperti alatan memancing, makanan, air, beg plastik, jaring ikan dan macam-macam lagi. Bawalah apa yang anda rasakan perlu.

2. Rod
Kalau anda ingin memancing teknik handline, tidak perlulah membawa rod. Untuk laut dalam pula, bawalah rod spare kerana seringkali terjadi rod patah semasa memancing. Kalau bawa satu sahaja, awal-awal suda boleh cakap kumpau. Handline la jawapannya. Bagi GPIII kami selalu membawa rod terbaik. Bagi BadukangBoy, dia selalu membawa rod kegemarannya yang dinamakan BadukangBoy. Tetapi kebelakangn ini dia lebih suka membawa rod 10-12lb.

3. Reel/Kekili
Bawalah kekili terbaik anda dan pastikan ianya telah diisi dengan tali pancing. Takkan sampai port baru mau isi kan..

4. Extra main line.
Well, manalah tau ikan drag tali jauh-jauh then putus. Yang tinggal hanya 10m. Sakit hati tu. Bawalah tali pancing spare juga.Bawa segulung dah la. Jangan bawa semua stok. haha

5. Batu ladung, Mata kail dan Gewang.
Pastikan semuanya cukup dan jika anda ingin membuat aksi bottom bawalah umpan yang cukup.

6. Kompas, Mancin dan Lampu suluh
Mancis berguna jika anda ingin membuat bbq setelah dapat ikan ataupun bila kumpau boleh bbq umpan udang, sotong, ikan yang dibawa. Jangan bbq umpun sudah..Lampu suluh berguna jika anda memancing pada waktu malam dan kompas pula bila anda sesat. Bagi yang Muslim, anda boleh menentukan Kiblat dengan menggunakan kompas. Bagi Malaysia bearingnya dalam 290-291 darjah dari utara.

No comments:

Post a Comment