Monday 4 June 2012

GT : [G]eng-geng ikan pu[T]ih

GT atau nama penuhnya Giant Trevally atau senang cerita Ikan Putih punya keluarga la. GT mengikut pembacaan GPIII (Yang ini bukan ikan) , GT merupakan salah satu ikan pemangsa yang power. Mungkin sebab dia suka minum tongkat ali Power Root (ada-ada saja).

Diet ikan ini bergantung kepada kawasan dan masa yang berbeza setiap hari. Kalau di Afrika Selatan, GT dikatakan paling aktif pada waktu fajar dan pada waktu senja. Daripada pembacaan lagi, GT hanya akan matang apabila mencapai ukuran 54-61 cm panjang dan mengambil masa dalam 3 hingga 4 tahun. Wah bos~ kalau nda sampai 54 cm masih lagi budak-budak la tu. Belum lagi ble dibanggakan GT yang saya tarik di Bintuka tu ari.. adeh...

Di perairan Indo-Pacific(Lihat Peta), GT merupakan ikan yang kuat, tahan lasak dan memberikan tentangan yang hebat. (Merujuk kepada Team Ombak Biru bila hook up sama GT larian dia menekan ke bawah. Tips untuk meneka ikan apa yang hook up)


Terdapat banyak cara untuk memancing GT. Daripada hirisan ikan kepada Udang. (Bintuka punya GT pandai kalau bottom, letak hook di ekor, dia makan kepala, letak di kepala dia makan ekor).

Walaubagaimanapun di area Hawaii, GT dikaitkan dengan keracunan atau lebih dikenali sebagai ciguatera posioning. Bukan sebab merokok tau ni.

Antara cara lain untuk memancing GT ialah dengan menggunakan gewang (Minnow,jig, spoon, popper) dan sebagainya. Apabila Jig dan Popper mula dikenali, GT merupakan salah satu ikan yang popular untu dijadikan mangsa Catch and Release.


Seterusnya mari kita lihat antara keluarga GT.

Giant Trevally


Bluefin Trevally


Big Eyes Scad


Big Eyes Trevally

Indian Thread Fish (Ebek)


Golden Trevally ( Er.. Ikan Emas? hahaha)


African Pompano (Cermin nda silap)


Queenfish (Talang)


Dan beberapa lagi geng-geng lain. Hehehe.. Untuk lebih lanjut sila layari Handline Fishing


Reference :
Alevizon W.(2012). Indo Pacific Map. Retrieved June3, 2012 from http://www.coral-reef-info.com/image-files/indo-pacific-map.gif
Wikipedia (2012).Giant Trevally. Retrieved June 3, 2012 from http://en.wikipedia.org/wiki/Giant_trevally

No comments:

Post a Comment