Saturday 31 December 2011

GPIII Video : Flipping Casting by Nelson Nakamura

Flipping casting. Satu teknik untuk cast lure atau bait yang perlu diketahui disebabkan beberapa faktor seperti berguna untuk casting di kawasan yang kurang luas, boleh mengurangkan kebarangkalian orang di belakang tersangkut hook dari pancing kita dan banyak lagi. Video yang disertakan adalah teknik casting dari Nelson Nakamura. 

P/S : Sumpah, satu apa pn sy nda faham apa dia cakap. Tapi leh belajar dari gerakan dia la. hoho. Apapun layan ja video dia ni. (Kredit kepada Mr.Mama) dia yang post ni di FB mula2. copy ja. haha

Tuesday 27 December 2011

Lohan Eco Ranch

Lohan Eco Ranch. Terletak sebelum simpang ke Poring. Tempat ini sesuai untuk berkelah/bercuti/berkhemah/santai dan lain2. Terdapat banyak kemudahan di sini. Chalet,restoran,cam site, Kolam memancing, kolam mandi, flying fox, paint ball dan lain2. kali ini post mengenai trip ke Lohan Eco Ranch. Untuk menghubungi Lohan Eco Ranch sila ke http://www.facebook.com/groups/damaiecoranch/

Wow~ first time main di sini. 6 seater = rm 10 untuk 30 minit. 4 seater = rm 5 untuk 30 minit



Di sini la spoon BadukangBoy balik2 disambar. Last2 putus. Nda pa.. Sudah pulang modal. Rm3.50 ja. hehe apa pun Layan pic di mancing.


Yang ni kena di ekor. Haha sangkut masa roll reel


Lohan Akuakultur Kombo Meal

Hari tu ada pigi memancing di Lohan Akuakultur lagi. kali ni ter-pancing pla di kolam lain tapi mantap siot ikan yang ditarik. layan ja la pic di bawah.

Orang first dapat ni ikan. macam U rod ikan ni tarik.

Say~~dekat satu jam baru BadukangBoy dapat. Sori la.. kamera cap ayam ja

Close up chicken kombo meal~ eh Fish!! haha


Ni orang jeles.. dia pun mau~ haha

Team trip kombo kali ini :
  
Ni dia~~ senjata2 yang digunakan

Ranau Fishing Spot : Lohan Akuakultur

Lama nda update blog. nda ada masa mau update kan. ni tempat baru untuk memancing di Ranau. Nama dia Lohan Akuakultur. Map guide akan diupload kemudian. Layan dulu pic tempat memancing ni.

Pondok kolam utama

Kolam memancing

Sunday 28 August 2011

Umpan Memancing : Twisties??

               Pagi ni semasa BadukangBoy gi potong rambut, ada la majalah tauke ni. UMPAN. Belek2 best juga. Tapi part paling best bila baca bahagian umpan. salah satu umpan yang kena kasi tunjuk ialah snek ringan TWISTIES. Wow! Apa pun kita share-share la macam mana dia buat.

1. Beli sebungkus Twisties, x pun ambil la adik-adik ka... sapa2 yang da ada anak rompak la sebungkus.
2. Pastikan perasa Ayam/Keju. Klu perasa lain try2 la. mana tau kena makan
3. Umpan ini untuk sungai sahaja.
4. Dedahkan kepada udara beberapa hari sebelum diguna. Bila masuk angin susah hancur dalam air. jangan buka besar2 a.. karang lain pla makan haha.


                         Apa-apa pun selamat mencuba. Raya ni ada pertanding mancing di kampung so.. mau enjoy2 dulu. lama nda menarik ni. membuang ada.. tapi x da yang mau makan. hehehe

Sunday 7 August 2011

GP III Di mana ada air? : "Sungai Queen Elizabeth"

                   Semester lepas, Mus telah membuktikan ada ikan di sungai yang baru beliau namakan. Sungai Queen. Haha. Malam tu kami trolling di tepi sungai queen menuju ke arah Taman Rimba di mana tiba-tiba joran Mus disentap. ceh.Ayat skema oh. Susah mau menaip. haha. Ingat badukang yang tarik rupa-rupanya ikan bulan-bulan. Power oh. Malam tu BadukangBoy kumpau. sangkut ikan nda ada. sangkut hook di jari ada la. (Mus upload pic ko tu)
                   Baru-baru ni setelah di plan oleh PiranhaHunter dan BadukangBoy. Petang Jumaat tu kami (termasuk Ben dan Bacho) pi try la lagi nasib di Sungai Queen ni. Phuii surut pla air. Sampai jam 5 lebih belum ada yang menarik. Tarik sampah banyak. Paling menang BadukangBoy tarik Bra hitam. Tapi berpegang teguh kepada petua tahyul Mus, klu dapat pakaian dalam komfem dapat ikan pastu. Bacho dan Ben ketawa saja dorg. Tiba2 sedang casting kena tarik pla BadukangBoy. Ikan!!! Setelah tiada maaf bagimu dibagi pada ikan, maka naiklah dia ke atas.. hehe Dapat juga lesen Bulan-bulan selepas taiko Mus.
                   Bagi yang nda percaya ada ikan di Sungai Queen, tengok2 la gambar di bawah. Apa pun ikan di Sungai Queen ada daya saing macam Selungsung juga. haha jom try2..
Wah!!! Ikan!!! Inilah Sungai Queen. Cantik kan? hahaha

Anglers Delight 10 Jun & 17 Jun

                 Anglers Delight. Kolam pancing yang ada cerita kepada beberapa geng2 memancing termasuk Mus,Apin, Richie dan Pacik Azwal sendiri. (Psst.. Kita ja yang tau tu haha) Jun punya trip ada dua kali. satu trip duo bersama Apin(Bacho) + Badukangboy. Satu lagi trip Pacik Azwal, Mus, Richie (Piranha Hunter), Bacho dan BadukangBoy.

                Di sinilah kesabaran Pacik Azwal di"test" apabila ikan pertama Titir memutuskan talinya. Besar tu~~ Lepas tu Bulan-bulan pula bawa sparring, putus lagi tali. Yang selebihnya nda nampak. Yang komfem ada dalam 4 kali putus. Beliau pun berkata " mau beli tali braided juga ni" hahaha..

               Masa ni juga la Bacho mendapat habuan pertama beliau setelah minggu lalu nda dapat menaikkan ikan. Selungsung makanan dia. Tu Piranha Hunter bawa balik. Stim sedap oh. haha ada chef baru kita ni. apapun tengok2 la gambar untuk dua trip berlainan ni. Lain kali mau bawa compact cam ka baru best upload dalam blog. Kepada geng2 sekalian puasa ni mau turun mana? gatal da tangan ni tau. Pacik Azwal, suda beli braided? hehe
Bacho~~ Kau juga la yang hensem

 Aduh tebakar kulit. Macam kena panggang. Tapi ikan yang penting :D

Wednesday 30 March 2011

GP III : Pengembaraan Bermula

Bila baca-baca balik.. ingat pula macam mana masa mula-mula ble sama-sama geng-geng GP III memancing. Ceritanya begini... satu hari.. Richie (Piranha Hunter) bawa la saya pigi memancing.. di kampungnya dia cakap. so kumpul2 la orang.. last2 Si Ogie ikut. lepas tu si Mus pn jadi pigi.. dia bawa cewek jo~ 2 orang lagi tu. pagi-pagi hari sabtu lagi sudah jalan pigi memancing. saya tumpang si Ogie. 3 orang kami dari hostel. lepas tu menunggu la kami di simpang Tuaran. si Mus sesat kali.. ni la gambar-gambar mula2 sebelum join memancing dengan menggunakan joran. XD
Ni gambar Si Ogie sama Piranha Hunter
 Ogie sedang mencuba jalan. latihan pigi pedalaman. ni la jalan pigi kampung si Piranha Hunter.
Tengok ja la.. 4 wheels Si Mus pn nda dapat naik. Da la nda on Turbo... hahaha
Gambar awal sebelum penubuhan GP III : Geng Pancing Pecah Pala
Ntah apa la Piranha Hunter tu cakap... penat kali dia. XD
Walaupun nda dapat ikan tapi disebabkan kami ada chef.. maka kami tidak kelaparan... nasib tiada garam bilang Si Mus.
Kira ini la trip 1st skali BadukangBoy, Piranha Hunter sama Mus pigi memancing. masa ni ikat hook pun nda pandai lagi.. haha

Monday 28 March 2011

Fishing Trip : Bintuka 26 Mac 2011.

26 Mac 2011. Badukang Boy telah dipelawa untuk mengikuti trip ke Bintuka bersama dengan team dari Beaufort. Team dari Beaufort ini ialah otai-otai yang selalu turun Bintuka. Terdiri dari Esam,Rond dan Aman. Perjalanan bermula jam 5.30 pagi. Bertolak ke rumah Rond untuk mengambilnya dan terus ke rumah Aman. Pagi-pagi hujan sudah turun.Walaupun hujan turun, memancing mesti turun juga.

Edit : Blog Esam :  www.pulaugaya.blogspot.com 

Hujan pagi-pagi.. Dalam Kereta saja tunggu dorang Rond sama Aman sampai.
Inilah Enjin yang akan digunakan dalam trip kali ini. Enjin si Aman. Power!!
 
Sebahagian dari peralatan dan senjata-senjata yang akan digunakan dalam perang ini. Nampak disana joran x-puyu Esam. baru beli. talinya saya ambil hehehe. free.. haha
Esam sedang mengisi minyak untuk enjin. Abis 2 gelen.
Trip kali ini sudah mula~ hujan masih.. ini tempat kami start.
 Dari Kiri : BadukangBoy, Aman dan Rond. Sejuk gila. Nda bawa rain coat. nah~ basah.. Sudahlah pagi-pagi sejuk. hujan lagi.. lebat lagi..
Ikan Putih 1st dalam trip ini. Rond dapat dengan menggunakan joran Aman. Kira bukan lesen la kan Rond. hehe..
Esam dengan Yu-nya. Memang pungut Yu. Trip Kuala Penyu pun sapu Yu. Bintuka pun sapu Yu. Daulat Tuan Yu.
Ikan first BadukangBoy di Bintuka. Sembilang juga. Yang penting lesen Bintuka suda pass. Lain kali mau dapat lesen Ikan yang mahal-mahal pula.
Ikan Putih Esam. Bikin Jeles tau dorang dua ni. Esam dan Aman. Balik-balik menarik. Orang depan sama Orang belakang saja menarik. Saya sama si Rond saja menengok. panas.. bilang si Rond. Makan kuaci dulu bilangnya.
Esam dengan Kerapu. Kerapu paling besar dalam trip kali ni. ceh.. BadukangBoy belum pernah menarik kerapu. Jeles~jeles... makan kuaci lagi la kan Rond?
Nah ko! Si Aman tarik datuk Sembilang. Mula-mula kami yang betanding ma si Rond. last-last Aman pula tarik datuk dia. besar ni semilangnya. bau tanah. bertapa kali dia dalam tanah.
Sembilang menjadi ikan terbanyak ditarik dalam trip ini. Rata-rata sembilang juga la semua. Saya sama si Rond nampak pari tapi apa ble buat. Demand.. nda mau makan udang mati.
Sebab terlalu penat.. nda sempat la mau kasi bersih. besoknya baru bersihkan. 1st time dalam hidup joran BadukangBoy di-Servis.
Walaupun penat tapi berbaloi pigi Bintuka. Mantap. Masa mau balik air pasang jadi ikan semua masuk dalam bakau,, nda ada suda menarik. BadukangBoy ada menarik.. ingatkan Selungsung tapi rupanya sampah. Trip kali ini sampai di sini sahaja. Lain kali komfem mau pigi lagi. GP III : Wajib kita try pigi. Nda menyesal.

Monday 21 March 2011

Kinarut Fishing Spot : Anglers Delight

1. Fishing Spot


2. Maps


3. Picture

BadukangBoy dan ikannya. First time dapat selain Badukang

Saturday 19 March 2011

2nd Time Sungai Biru Trip.

Sebelum balik hostel, memancing lagi sekali. Mula2 mau check spot baru. Tanya2 uncle tu cakap suda tutup. So pigi Sungai Biru ja la. Mau tarik Ikan Patin lagi. Buat asam pedas. Sedap jg la adik saya masak. XD. Masa sampai start suda hujan. Try2 la di kolam Ikan Talapia sebab ada pondok dekat tu kolam tngk2 dapat pla ikan.
Ikut yang BadukangBoy baca kalau ikan macam ni maksud dia suhu air nda ngam sama ikan. Nda tau la betul ka nda.
Ble tahan juga la besar ikan dia. Kira yang paling besar setakat ini la. Untuk Talapia.

Lepas ja tarik satu ekor terus pigi Kolam Ikan Patin. Besa la kazen BadukangBoy.. Ikan yang kena tarik kira2 saiz biasa di Jambatan Likas.



Adik pun mengikut juga. biasa la jeles kan.. banyak pla ditarik hari ni.Tapi... hahaha sangkut pla di pokok.
Disebabkan tiada selipar Mus jadi guna selipar BadukangBoy ja la.
Hasil tangkapan hari ni.... ble la jg... siap kena sengat lagi satu kali.. adui~~