Tuesday 12 June 2012

Mata Kail Oh Mata Kail



Mata kail. Salah satu elemen yang wajib dibawa untuk setiap trip. Bagi yang suka acara Bottom, mata kail memang menjadi keperluan. Bagi yang Casting selalunya memang "ready-made" la setnya. hahaha. Apa pun dalam post ini, GPIII ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai penjagaan mata kail.

Seperti yang kita ketahui, bukan semua kaki-kaki pancing ini banyak $$$. Kalau boleh cop duit sendiri, Gabenor Bank Negara pun letak jawatan. Kalau mata kail cap ayam, sekali pakai buang boleh lah.. Kalau yang harga pun kaw-kaw, mesti dijaga, diguna semula. Walaupun ada yang mengatakan mata kail yang suda digunakan tidak lagi tajam seperti sebelumnya, tetap ia boleh membuatkan ikan menyangkutkan mulutnya di kail. Oleh itu tidak salah jika mata kail diguna semula.

GPIII belum bertapak lama tetapi daripada nasihat rakan-rakan dan Otai-otai ada beberapa petua untuk menjaga mata kail. Apabila balik daripada trip, terutamanya Trip air masin, Mata kail perlu dicuci dengan air tawar untuk membuang garam yang melekat pada mata kail. Selepas itu letakkan di tempat khas mata kail yang sudah digunakan. Jangan sekali-kali letakkan bersama dengan mata kail baru jika tidak mahu putih mata. Seorang rakan menasihati GPIII supaya mengasingkan kerana jika mata kail tadi berkarat, ia akan menjangkiti mata kail baru yang lain. Hal yang sama juga perlu dilaksanakan kepada gewang-gewang dan juga rod dan kekili. Itulah sedikit petua yang dapat dikongsikan bersama untuk hari ini.


No comments:

Post a Comment