Sunday 10 June 2012

Website Pancing GPIII

Dalam post kali ini GPIII akan membuat sedikit review mengenai beberapa website pancing yang selalu dilayari. Semua website ini banyak membantu ahli-ahli GPIII dalam arena ini.

1. Team Ombak Biru : www.teamombakbiru.blogspot.com

Tidak dinafikan inilah blog pertama yang port-port mereka telah cuba dijelajah oleh GPIII. Dari Kota Kinabalu sampai ke Bintuka semua dicuba setelah diracun oleh ikan-ikan mereka. Antara port-port yang berjaya dijelajah oleh GPIII adalah seperti Sutera Harbor, Teluk Villa, Bintuka dan beberapa port lagi. GPIII juga banyak belajar daripada blog ini seperti penjagaan alatan, ubah suai dan banyak lagi. Apa pun mungkin disebabkan oleh kesibukan Admin, hanya beberapa post akan dimuat naik dalam sebulan.


2. KINGFISH ANGLERS http://esmajim.blogspot.com/

Setiap minggu GPIII menunggu post daripada blog ini kerana ianya sudah seperti majalah JUMP! Jepun. Setiap minggu pasti ada post baru yang sungguh meracuni jiwa ahli-ahli GPIII. Apa yang boleh dikatakan, KINGFISH ANGLERS tidak pernah KUMPAU. Ada saja hasil yang dibawa balik. Hujan ka, ribut ka, ada saja hasil untuk dibawa balik. Bagi yang pernah mengikuti KINGFISH, Trio ini ada ONG  yang kuat. Hehehe. Apapun disebabkan masa yang selalu tidak kena, GPIII belum pernah mengikuti KINGFISH untuk mana-mana trip. Insya Allah pergi juga.


3. Handline Fishing. www.handlinefishing.com

Handline Fishing bukan bermakna hanya memancing menggunakan teknik handline. Dalam website ini ada mengajar teknik ikatan dan teknik umpan. Ada beberapa teknik ikatan yang tidak pernah GPIII ketahui sebelum ini. Apa yang menarik mengenai website ini ialah Admin telah memuat naik setiap nama ikan, CNR dan beberapa spesifikasi/jenis/nama saintifik yang boleh didapati di perairan kita. Dari ikan yang cantik hingga ikan yang tidak pernah dilihat. Website ini juga menyenaraikan ikan-ikan yang beracun/berbisa dan bahagian ikan yang bisa itu.


4. Jom Mancing www.pulaugaya.blogspot.com

Jom mancing juga salah satu blog yang dilayari GPIII. Ahli GPIII juga selalu turun bersama Admin blog ini. Admin ini juga banyak mengajar teknik-teknik memancing dan juga banyak men-sponsor trip memancing bersama. Hehe. Walaubagaimanapun, Admin blog ini rajin untuk menghantar artikel ke majalah pancing. Oleh itu, gambar ikan yang top akan selalu dimuatnaik lambat. Jika dimuatnaik awal, majalah akan reject.



5. RESEPIHIDUPKU www.resepihidupku.blogspot.com
Mr.Mama, Admin blog ini merupakan salah seorang yang banyak mengajar GPIII dalam arena memancing. Beliau juga sering membawa GPIII pada hujung minggu. Dari Anglers Delight sampai ke UITM. GPIII berkenalan dengan Mr.Mama semasa memancing dekat pelabuhan Kota Kinabalu. Blog Mr.Mama banyak berkaitan dengan masakan. Bagi yang suka memasak bolehlah cuba resepi-resepi beliau. Semuanya membuatkan GPIII terliur.


6. Puaka Joran www.puakajoran.blogspot.com
Puaka Joran merupakan salah satu blog yang selalu dilayari. Ikan-ikan blog ini sangat meracuni GPII. Walaubagaimanapun banyak port dalam blog ini tidak dketahui oleh GPIII. :P


7. MET www.met.gov.my
MET mesti dilayari. Web ini memberi banyak info mengenai cuaca. Senang untuk mengatur trip-trip memancing di lain hari.


Inilah sebahagian website yang dilayari oleh GPIII. Selamat membaca dan semoga dapat membantu dalam arena memancing ini. :D

No comments:

Post a Comment