Wednesday 30 March 2011

GP III : Pengembaraan Bermula

Bila baca-baca balik.. ingat pula macam mana masa mula-mula ble sama-sama geng-geng GP III memancing. Ceritanya begini... satu hari.. Richie (Piranha Hunter) bawa la saya pigi memancing.. di kampungnya dia cakap. so kumpul2 la orang.. last2 Si Ogie ikut. lepas tu si Mus pn jadi pigi.. dia bawa cewek jo~ 2 orang lagi tu. pagi-pagi hari sabtu lagi sudah jalan pigi memancing. saya tumpang si Ogie. 3 orang kami dari hostel. lepas tu menunggu la kami di simpang Tuaran. si Mus sesat kali.. ni la gambar-gambar mula2 sebelum join memancing dengan menggunakan joran. XD
Ni gambar Si Ogie sama Piranha Hunter
 Ogie sedang mencuba jalan. latihan pigi pedalaman. ni la jalan pigi kampung si Piranha Hunter.
Tengok ja la.. 4 wheels Si Mus pn nda dapat naik. Da la nda on Turbo... hahaha
Gambar awal sebelum penubuhan GP III : Geng Pancing Pecah Pala
Ntah apa la Piranha Hunter tu cakap... penat kali dia. XD
Walaupun nda dapat ikan tapi disebabkan kami ada chef.. maka kami tidak kelaparan... nasib tiada garam bilang Si Mus.
Kira ini la trip 1st skali BadukangBoy, Piranha Hunter sama Mus pigi memancing. masa ni ikat hook pun nda pandai lagi.. haha

Monday 28 March 2011

Fishing Trip : Bintuka 26 Mac 2011.

26 Mac 2011. Badukang Boy telah dipelawa untuk mengikuti trip ke Bintuka bersama dengan team dari Beaufort. Team dari Beaufort ini ialah otai-otai yang selalu turun Bintuka. Terdiri dari Esam,Rond dan Aman. Perjalanan bermula jam 5.30 pagi. Bertolak ke rumah Rond untuk mengambilnya dan terus ke rumah Aman. Pagi-pagi hujan sudah turun.Walaupun hujan turun, memancing mesti turun juga.

Edit : Blog Esam :  www.pulaugaya.blogspot.com 

Hujan pagi-pagi.. Dalam Kereta saja tunggu dorang Rond sama Aman sampai.
Inilah Enjin yang akan digunakan dalam trip kali ini. Enjin si Aman. Power!!
 
Sebahagian dari peralatan dan senjata-senjata yang akan digunakan dalam perang ini. Nampak disana joran x-puyu Esam. baru beli. talinya saya ambil hehehe. free.. haha
Esam sedang mengisi minyak untuk enjin. Abis 2 gelen.
Trip kali ini sudah mula~ hujan masih.. ini tempat kami start.
 Dari Kiri : BadukangBoy, Aman dan Rond. Sejuk gila. Nda bawa rain coat. nah~ basah.. Sudahlah pagi-pagi sejuk. hujan lagi.. lebat lagi..
Ikan Putih 1st dalam trip ini. Rond dapat dengan menggunakan joran Aman. Kira bukan lesen la kan Rond. hehe..
Esam dengan Yu-nya. Memang pungut Yu. Trip Kuala Penyu pun sapu Yu. Bintuka pun sapu Yu. Daulat Tuan Yu.
Ikan first BadukangBoy di Bintuka. Sembilang juga. Yang penting lesen Bintuka suda pass. Lain kali mau dapat lesen Ikan yang mahal-mahal pula.
Ikan Putih Esam. Bikin Jeles tau dorang dua ni. Esam dan Aman. Balik-balik menarik. Orang depan sama Orang belakang saja menarik. Saya sama si Rond saja menengok. panas.. bilang si Rond. Makan kuaci dulu bilangnya.
Esam dengan Kerapu. Kerapu paling besar dalam trip kali ni. ceh.. BadukangBoy belum pernah menarik kerapu. Jeles~jeles... makan kuaci lagi la kan Rond?
Nah ko! Si Aman tarik datuk Sembilang. Mula-mula kami yang betanding ma si Rond. last-last Aman pula tarik datuk dia. besar ni semilangnya. bau tanah. bertapa kali dia dalam tanah.
Sembilang menjadi ikan terbanyak ditarik dalam trip ini. Rata-rata sembilang juga la semua. Saya sama si Rond nampak pari tapi apa ble buat. Demand.. nda mau makan udang mati.
Sebab terlalu penat.. nda sempat la mau kasi bersih. besoknya baru bersihkan. 1st time dalam hidup joran BadukangBoy di-Servis.
Walaupun penat tapi berbaloi pigi Bintuka. Mantap. Masa mau balik air pasang jadi ikan semua masuk dalam bakau,, nda ada suda menarik. BadukangBoy ada menarik.. ingatkan Selungsung tapi rupanya sampah. Trip kali ini sampai di sini sahaja. Lain kali komfem mau pigi lagi. GP III : Wajib kita try pigi. Nda menyesal.

Monday 21 March 2011

Kinarut Fishing Spot : Anglers Delight

1. Fishing Spot


2. Maps


3. Picture

BadukangBoy dan ikannya. First time dapat selain Badukang

Saturday 19 March 2011

2nd Time Sungai Biru Trip.

Sebelum balik hostel, memancing lagi sekali. Mula2 mau check spot baru. Tanya2 uncle tu cakap suda tutup. So pigi Sungai Biru ja la. Mau tarik Ikan Patin lagi. Buat asam pedas. Sedap jg la adik saya masak. XD. Masa sampai start suda hujan. Try2 la di kolam Ikan Talapia sebab ada pondok dekat tu kolam tngk2 dapat pla ikan.
Ikut yang BadukangBoy baca kalau ikan macam ni maksud dia suhu air nda ngam sama ikan. Nda tau la betul ka nda.
Ble tahan juga la besar ikan dia. Kira yang paling besar setakat ini la. Untuk Talapia.

Lepas ja tarik satu ekor terus pigi Kolam Ikan Patin. Besa la kazen BadukangBoy.. Ikan yang kena tarik kira2 saiz biasa di Jambatan Likas.



Adik pun mengikut juga. biasa la jeles kan.. banyak pla ditarik hari ni.Tapi... hahaha sangkut pla di pokok.
Disebabkan tiada selipar Mus jadi guna selipar BadukangBoy ja la.
Hasil tangkapan hari ni.... ble la jg... siap kena sengat lagi satu kali.. adui~~

Friday 18 March 2011

GP III : Blog Load Time

GP III blog contain lots of widgets and it might slow down the loading time for our blog. since it makes the admin worried we have checked the loading time of gengpancingpecahpala.blogspot.com and the result is...

This one using the tools from website speed test



and this one using the tools from Website speed and Loading time check

those are the loading time for our site. if you still have difficulty to view us, don`t put a blame on me it is your ISP that give you headache lol. Peace yo! No war.

Fishing Games : Breath of Fire 4 Mini games

Though we have been posting a lots about fishing, in this post BadukangBoy wanted to share the fishing game that he played. Mus said that the graphic of this game sucks. Well this game was made for PS one or PSX and later it was released on PC in 2001. The game that BadukangBoy mention is Breath of Fire IV. It is a turn based RPG games.


Well we will only focus on the mini games which is FISHING. In here we will show few picture based on the BadukangBoy performance in getting the fish out of the water. So first of all.. the Fishing spot.
There are many spot that can be found in the game and there are many types of fish that you can get. As for the Rod setting and lure are shown below. XD

Well BadukangBoy still using wooden rod. the rod for the beginner in this game. on the right of the menu is the lure that can be used. each lure are different. some of BadukangBoy lures are used Top water, Mid and bottom. there are many lure that can be gain through the shop or dropped by monster (not fish). After the setting its time to cast the lure.
in this game you will need to listen to the BGM and when you succeed to follow the rhythm you will perform the lure technique. which can get the fish attention. (sound interesting huh?)

Look into the water. can you spot the fish shadow? Fish!!!
 the best part for all anglers is when... the fish is hooked up and its time to roll your reel.
Well we forgot to tell that the 15.1 m is the distance between you and your lure. the rectangle on the right is the deep of the water ( to show where is your lure in the water). the most important in getting the fish out of water is your line tension. you can see the middle of the bar. when its turn red, you line might broke. XD
After fighting with the fish...
BadukangBoy really wish to get this fish. LOL




Well that all for now. see you in the next post.


GP III : We are anglers and we are also gamers. 

Thursday 17 March 2011

Fishing Trip : Sungai Biru Lohan

Memancing dengan adik di sungai Biru
Pagi-pagi lagi suda kena kasi bangun adik, dia bawa memancing. semangat gila woh. padahal saya pn mamai2 lagi. bangun2 suruh dia cari cacing, buat umpan. kejap ja ada suda. sihat2 lagi tu cacingnya. sarapan dulu baru kasi sedia alatan. tukar tali pancing sama buat perambut. lupa pla tngok jam berapa suda jalan.
Sungai Biru nda jauh dari rumah. jadi jalan kaki ja la pigi. senaman pagi2 la.pemanasan sebelum memancing. jalan dari rumah dalam 1 km sampai la di Sungai Biru. Macam gambar di atas la signboard dia untuk masuk tempat memancing.
Masuk dalam pula trus jumpa Chalet untuk penginapan. Sungai Biru ble memancing, Camping n berenang. harga murah murah.

Chalet untuk menginap, pondok untuk santai2, berenang~~


Ok. Cukup. sekarang jalan pula pigi tempat memancing dia. ada banyak kolam tapi hanya 3 kolam dibenarkan. ikan yang ble dapat ada 2 jenis saja.. Ikan Talapia dan Ikan Patin sahaja. Sini bayar ikut ikan. Ikan Talapia RM 15 sekilo. Ikan Patin RM 18 sekilo.



Kolam Ikan Talapia. (Joran BadukangBoy juga la haha)


Kolam Ikan Patin (BadukangBoy lagi..)


Sampai2 ja terus start la memancing di Kolam Ikan Patin. Main Bottom dulu.. nda ada juga mengigit. lepas dalam 20 minit begitu adik saya bawa pigi kolam Ikan Talapia. bha mengikut la jg.. sampai2 ja.. main bottom lagi. Adik saya baru first time guna joran. mengajar lagi membuang.

Tunggu tunggu menarik pla adik saya. jeles woo. first time trus ble dapat. tukar la kunun main casting nda ada juga last2 main pelampung terus. baru sangkut tu pun satu ja. adik 3. adeih.. ni gambar ikan dia.
Jeles punya pasal bepindah la pigi Kolam Ikan Patin Balik. Last last dapat juga la 2 ekor. itu pun adik ble dapat lagi satu adeih..

BadukangBoy. Kalau suda kazen-kazen Badukang, sapu habis. rata~ tarik!! haha


Disebabkan umpan yang adik cari tu sihat2 tengok2 nda ada suda umpan. lari dorg dari plastik. jadi balik la kami. hasilnya 4 ekor Talapia 3 Ekor Patin. RM 15 bayar. 1 kilo ja. yang penting memancing juga time cuti ni.
-BadukangBoy-