Showing posts with label GPIII : GEAR UP. Show all posts
Showing posts with label GPIII : GEAR UP. Show all posts

Sunday, 17 June 2012

GPIII : Gear Line Up


Entri hari ini nampak macam starting eleven main bola pula. haha. Kan sekarang demam Euro. Jadi GPII pun membuat tajuk post yang macam main bola punya. Dalam post ini GPIII akan menceritakan apakah barang yang selalu dibawa oleh ahli GPIII semasa memancing. Untuk perhatian, ini cuma cadangan sahaja dan inilah yang selalu dibuat oleh GPIII.

1. Beg
Secara peribadi BadukangBoy selalu membawa beg untuk menyimpan barangan seperti alatan memancing, makanan, air, beg plastik, jaring ikan dan macam-macam lagi. Bawalah apa yang anda rasakan perlu.

2. Rod
Kalau anda ingin memancing teknik handline, tidak perlulah membawa rod. Untuk laut dalam pula, bawalah rod spare kerana seringkali terjadi rod patah semasa memancing. Kalau bawa satu sahaja, awal-awal suda boleh cakap kumpau. Handline la jawapannya. Bagi GPIII kami selalu membawa rod terbaik. Bagi BadukangBoy, dia selalu membawa rod kegemarannya yang dinamakan BadukangBoy. Tetapi kebelakangn ini dia lebih suka membawa rod 10-12lb.

3. Reel/Kekili
Bawalah kekili terbaik anda dan pastikan ianya telah diisi dengan tali pancing. Takkan sampai port baru mau isi kan..

4. Extra main line.
Well, manalah tau ikan drag tali jauh-jauh then putus. Yang tinggal hanya 10m. Sakit hati tu. Bawalah tali pancing spare juga.Bawa segulung dah la. Jangan bawa semua stok. haha

5. Batu ladung, Mata kail dan Gewang.
Pastikan semuanya cukup dan jika anda ingin membuat aksi bottom bawalah umpan yang cukup.

6. Kompas, Mancin dan Lampu suluh
Mancis berguna jika anda ingin membuat bbq setelah dapat ikan ataupun bila kumpau boleh bbq umpan udang, sotong, ikan yang dibawa. Jangan bbq umpun sudah..Lampu suluh berguna jika anda memancing pada waktu malam dan kompas pula bila anda sesat. Bagi yang Muslim, anda boleh menentukan Kiblat dengan menggunakan kompas. Bagi Malaysia bearingnya dalam 290-291 darjah dari utara.

GPIII : Anglers Gear Line Up [Eng]

The entry for today sounds like a starting eleven in football match.. Well its Euro Fever now, So GPIII decided to make it looks like football. In this post, GPIII will tell about the gear or stuff that we need to bring   when we want to go fishing. Take note, this is only a suggestion from GPIII and what GPIII always do.

1. Bag pack.
Well personally BadukangBoy of GPIII always bring a bag to store stuff like fishing gear, food,water, plastic bag, fish net and so on.

2. Rod
Except you are going to do handline fishing then you need to bring your rod when you go fishing. For deep sea, make sure you bring spare since there are always cases, your rod broke during the trip. Better be ready for any trouble that might occur when you are on deep sea fishing. For GPIII we like to bring our favourite rod. BadukangBoy always bring his favourite rod which he named it BadukangBoy. lol. But nowadays he only bring his 10-12 lb rod.

3. Reel
Bring your best reel too, and make sure it already loaded with lines. Theres no way you want to load your lines when you reach the fishing spot.

4. Extra main line.
Well in case your line was dragged too far and boom, the you need to reload your lines. haha

5. Sinker, Hook, Lure
Make sure you have enough of this and if you are going to do some bottom fishing, make sure you have enough baits.

6. Compass, Lighter, Torchlight.
Lighter if you plan to do bbq once you get fish, or when you didnt get any and want to eat your own baits. lol. Torchlight, you will need this if you go on night fishing trip. Compass, well in case if you lost, you still got something to rely on. For muslims you can use compass to locate the direction of Qiblah. In Malaysia our bearing is 290-291 degree from the north.

Tuesday, 12 June 2012

Mata Kail Oh Mata Kail



Mata kail. Salah satu elemen yang wajib dibawa untuk setiap trip. Bagi yang suka acara Bottom, mata kail memang menjadi keperluan. Bagi yang Casting selalunya memang "ready-made" la setnya. hahaha. Apa pun dalam post ini, GPIII ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai penjagaan mata kail.

Seperti yang kita ketahui, bukan semua kaki-kaki pancing ini banyak $$$. Kalau boleh cop duit sendiri, Gabenor Bank Negara pun letak jawatan. Kalau mata kail cap ayam, sekali pakai buang boleh lah.. Kalau yang harga pun kaw-kaw, mesti dijaga, diguna semula. Walaupun ada yang mengatakan mata kail yang suda digunakan tidak lagi tajam seperti sebelumnya, tetap ia boleh membuatkan ikan menyangkutkan mulutnya di kail. Oleh itu tidak salah jika mata kail diguna semula.

GPIII belum bertapak lama tetapi daripada nasihat rakan-rakan dan Otai-otai ada beberapa petua untuk menjaga mata kail. Apabila balik daripada trip, terutamanya Trip air masin, Mata kail perlu dicuci dengan air tawar untuk membuang garam yang melekat pada mata kail. Selepas itu letakkan di tempat khas mata kail yang sudah digunakan. Jangan sekali-kali letakkan bersama dengan mata kail baru jika tidak mahu putih mata. Seorang rakan menasihati GPIII supaya mengasingkan kerana jika mata kail tadi berkarat, ia akan menjangkiti mata kail baru yang lain. Hal yang sama juga perlu dilaksanakan kepada gewang-gewang dan juga rod dan kekili. Itulah sedikit petua yang dapat dikongsikan bersama untuk hari ini.


Monday, 4 June 2012

GT : [G]eng-geng ikan pu[T]ih

GT atau nama penuhnya Giant Trevally atau senang cerita Ikan Putih punya keluarga la. GT mengikut pembacaan GPIII (Yang ini bukan ikan) , GT merupakan salah satu ikan pemangsa yang power. Mungkin sebab dia suka minum tongkat ali Power Root (ada-ada saja).

Diet ikan ini bergantung kepada kawasan dan masa yang berbeza setiap hari. Kalau di Afrika Selatan, GT dikatakan paling aktif pada waktu fajar dan pada waktu senja. Daripada pembacaan lagi, GT hanya akan matang apabila mencapai ukuran 54-61 cm panjang dan mengambil masa dalam 3 hingga 4 tahun. Wah bos~ kalau nda sampai 54 cm masih lagi budak-budak la tu. Belum lagi ble dibanggakan GT yang saya tarik di Bintuka tu ari.. adeh...

Di perairan Indo-Pacific(Lihat Peta), GT merupakan ikan yang kuat, tahan lasak dan memberikan tentangan yang hebat. (Merujuk kepada Team Ombak Biru bila hook up sama GT larian dia menekan ke bawah. Tips untuk meneka ikan apa yang hook up)


Terdapat banyak cara untuk memancing GT. Daripada hirisan ikan kepada Udang. (Bintuka punya GT pandai kalau bottom, letak hook di ekor, dia makan kepala, letak di kepala dia makan ekor).

Walaubagaimanapun di area Hawaii, GT dikaitkan dengan keracunan atau lebih dikenali sebagai ciguatera posioning. Bukan sebab merokok tau ni.

Antara cara lain untuk memancing GT ialah dengan menggunakan gewang (Minnow,jig, spoon, popper) dan sebagainya. Apabila Jig dan Popper mula dikenali, GT merupakan salah satu ikan yang popular untu dijadikan mangsa Catch and Release.


Seterusnya mari kita lihat antara keluarga GT.

Giant Trevally


Bluefin Trevally


Big Eyes Scad


Big Eyes Trevally

Indian Thread Fish (Ebek)


Golden Trevally ( Er.. Ikan Emas? hahaha)


African Pompano (Cermin nda silap)


Queenfish (Talang)


Dan beberapa lagi geng-geng lain. Hehehe.. Untuk lebih lanjut sila layari Handline Fishing


Reference :
Alevizon W.(2012). Indo Pacific Map. Retrieved June3, 2012 from http://www.coral-reef-info.com/image-files/indo-pacific-map.gif
Wikipedia (2012).Giant Trevally. Retrieved June 3, 2012 from http://en.wikipedia.org/wiki/Giant_trevally

Umpan GPIII

Dalam post kali ini, GPIII akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai umpan yang pernah digunakan oleh GPIII dalam sesi memancing.

1. Cacing 

Umpan cacing biasa digunakan oleh semua pemancing. Umpan universal (Merujuk kepada majalan UMPAN). Umpan ini selalu digunakan untuk memancing di kolam atau sungai. Umpan cacing biasa la guna di Lohan Eco Ranch/Lohan Akuakultur atau Sungai Biru. Sasaran biasa Talapia, Patin dan yang terbaru Keli. Itu pun bila pancing dasar. Tapi kalau di bel;akang rumah bukan cacing jenis ni... Cacing kerawit oh. panjang lengan pun ada, macam ular da tengok. hahaha


2. Anak ikan

Anak ikan biasa untuk memancing ikan-ikan yang rakus-rakus belaka. hahaha.. walaupun pernah guna tapi masih belum pernah strike guna umpan ini. Tapi dalam blog Team Ombak Biru naik Siakap 22 Kg guna ikan kembura hidup. Dorang kan taiko, kami kan junior,, jadi percaya la. hehehe.. tapi memang betul la.


3. Hirisan Ikan
Hirisan ikan pun power. Ini sebab bau dia mmg fuh! mantap. Tapi selalu memancing dapat ikan yang nda fresh. nda best mau memotong. Pernah guna di Sutera Harbor ni. Bottom sampai pagi. Banyak juga yang sambar. Semilang pun menyambar. 


4. Gewang
Mula-mula nda yakin ikan mau makan besi. Tapi bila sudah strike baru la rasa karan dia. Punya best. Dari spinner sampai spoon pun kena sambar. Ini kali la. Hehe.. Sampai putus spinner 6g masa di Lohan Eco Ranch. Last2 membeli lagi sampai 5/6 biji satu kali beli.


5. Udang (Hidup / Isi Udang)

 Umpan udang memang paling selalu guna la dalam setiap trip yang melibatkan air masin/payau. Umpan hidup yang ni la buat naik GT di Bintuka itu hari. hehehe. Kalau di Anglers Delight, Isi udang bikin casting baru dapat menarik Siakap. 2 kali da tu.Belum campur yang rabut. Adeh.. sakit hati oh..


6. Sotong


Sotong. Pun selalu guna juga. Ni kalau Badukang memang semua telan. Ini yang buat kami tarik sampai 22 ekor badukang di Jambatan Likas. Tapi pengalaman 1st memotong sotong : dakwat percuma. Nda pandai potong kan...


7. Umpun
Umpun. Umpan pilihan bila Auntie Cina di sembulan cakap " Tiada Udang" . Beli dalam RM5 banyak suda tu. Nda payah banyak2.. bukan ble makan... kalau udang lain la... Ble campur maggi. 


8. Perut Ayam.
Sepanjang umurku, ceh macam lagu.. haha.. Baru satu kali guna perut ayam. Mau pancing Tilapia ja.. Turun ja dalam kolam FRENZY semua ikan. Menyambar saja kerja. Memang berkesan oh guna perut ayam ni. Tapi nda tau di mana ada jual. Dulu ngam-ngam kena masa kenduri.. 


9. Palet
Serius.. Guna palet paling nda disukai. Senang hancur bila dalam air. Sudah tu nda dimakan ikan lagi.. Nda bestnya macam tu. Apapun pernah juga dapat 2 ekor la guna palet. Tapi tu pun orang buat.Sendiri buat jadi Kuih raya adalah. 


P/S : Gambar-gambar di atas di-crop dari blog lain. Spinner tu ja saya punya. Lost track blog mana. Mau bagi kredit tapi.. hehehe Sori Bos.. :P






Monday, 2 January 2012

[D.I.Y] GoogleMaps : Gunakan Software Untuk Mencari Port Mancing

Banyak blog yang menunjukkan hasil pancingan mengancam. Tapi kadang-kadang port di mana dorang dapat ikan tu x jelas. Kena cari sendiri. Mangkin sebab x mau port kena ambil? Kali la..Haha. Apapun dalam Post ini, GPIII telah menggunakan software untuk melihat di mana port2 mancing sekitar Kota kinabalu dengan menggunakan GoogleEarth. Pa lagi ble download GoogleEarth dari link di bawah
Google Earth Download

Ataupun guna ja yang di web punya GoogleMaps: GoogleMaps

Mari kita tngok macam mana GPIII cari tempat2 yang berpotensi dan boleh kena masuk.
Gambar KK dari Satelit. Tahun 2011 Punya Update nda silap.

Kawasan pantai dan air yang mempunyai jarak berpasir yang panjang :

Tengok pla beza dia sama Kawasan Belakang AirPort :

Nampak beza dia kan, macam tu la GPIII ble dapat Port dari GoogleMaps : Sila rujuk post Sutera Harbor Fishing Spot
Apapun kredit untuk T.O.B sebab bagi hint kawasan2 yang sedap untuk membaling. Blog ni pun banyak bagi tunjuk ajar. Team Ombak Biru

Sunday, 1 January 2012

New Year New Weapon : Economy Spinner bait

Hari tu ada pigi KK, jadi mau cari la spinner bait baru. hari tu best ja kena sambar2 ikan di Lohan Eco Ranch kan. Jadi bila turun KK apa lagi, sudah mmg economy nama dia komfem murah la. Nda mampu mau beli yang mahal2 haha. Sapa2 baik hati bagi la satu. Hadiah new year XD. Apa pun tngk2 la senjata baru ni. hohoho

Ni semua yang dibeli : yang ada janggut tu baru mau praktis nanti

 Set Spinner dari 12g sampai la 6g. Yang kecil tu nda tau la berapa. x pa tetulis di box dia. sambar ja. Murah kan~~ikan sambar juga tu. hahaha

Sapa2 tau teknik main janggut tu tolong la gtau a.. hehe kami budak baru belajar

Sunday, 28 August 2011

Umpan Memancing : Twisties??

               Pagi ni semasa BadukangBoy gi potong rambut, ada la majalah tauke ni. UMPAN. Belek2 best juga. Tapi part paling best bila baca bahagian umpan. salah satu umpan yang kena kasi tunjuk ialah snek ringan TWISTIES. Wow! Apa pun kita share-share la macam mana dia buat.

1. Beli sebungkus Twisties, x pun ambil la adik-adik ka... sapa2 yang da ada anak rompak la sebungkus.
2. Pastikan perasa Ayam/Keju. Klu perasa lain try2 la. mana tau kena makan
3. Umpan ini untuk sungai sahaja.
4. Dedahkan kepada udara beberapa hari sebelum diguna. Bila masuk angin susah hancur dalam air. jangan buka besar2 a.. karang lain pla makan haha.


                         Apa-apa pun selamat mencuba. Raya ni ada pertanding mancing di kampung so.. mau enjoy2 dulu. lama nda menarik ni. membuang ada.. tapi x da yang mau makan. hehehe