Showing posts with label GPIII : FISHING TRIP. Show all posts
Showing posts with label GPIII : FISHING TRIP. Show all posts

Tuesday, 11 December 2012

Bintuka Trip 9 Dec 2012 [Pesta di Lubuk kerapu]

9 Disember 2012. Trip penutup ke Bintuka yang diatur oleh Bos Admin blog Jom Pancing. Walaupun air tidak berapa cantik disebabkan lama tidak turun, maka trip ini dijalankan juga. Macam biasa 2 tong minyak telah dibawa. 5 set senapang spinning dibawa untuk kali ini. 4 untuk acara hardcore Bottom dan satu untuk test power Acara pengenalan Casting.

Jarak daripada Beaufort ke bintuka lebih kurang 36km dan mengambil  masa selama lebih kurang 1 jam untuk sampai. Jadi kami chow dari rumah dalam jam 5.30 pagi. Map ni diambil masa beli minyak untuk trip ini.

Walaupun hanya bergantung kepada Android GPS dan Google Map, bagi yang biasa di Bintuka, mesti tau mana lubuk2 yang berpotensi. Google map juga menunjukkan sungai-sungai kecil di sepanjang perjalanan dalam trip ini.
Besarkan Imej untuk lebih jelas.


Sebelum bermula mesti ada umpan.. jadi kami singgah di kolam udang untuk mengambil umpan kami kali ini. Trip kali ini udangnya besar2. Hari tu sampai 2/3 ekor satu kali buang.

 Kolam Udang


 BadukangBoy : Cua ko ajar sy macam mana mau merambat ni..



Begini saja...1..2...3~~


Saiz-saiz udang untuk hari ini.


 Kerapuku yang pertama selepas rabut dua kali.


Spek hensem suda... Tapi yang ni rabut. putus lagi tu.


Yang kedua~ lubuk kerapu bagak2. Nasib bos pandai guna teknik memancing ikan tuna. hahaha


Sukses~sukses~sukses~


Yang Utama~~ Keluar juga Kerapu yang betapa di bawah sana.


Close-up sikit~~


Inilah kejadian 2 ekor kerapu. hahaha. Tiada maaf bagimu.

Ikan-ikan lain pun ada.. ikan putih ada.. ikan tanda ada.. tapi tidak cukup menghairahkan untuk diupload. Sudahlah banyak kali rabut. Gara-gara berhati-hati ada monyet nda sempat hook up. Rabut 2 kali di Balingkatak. Lain kali bawa lastik la ni tau..

Friday, 23 November 2012

Cuti-cuti Lohan Eco Ranch : BBQ, Bottom & Casting

Mula-mula nda mau upload ini pic. Tapi boss lambat betul mau upload.. jadi upload sini la.. Setelah kecewa sebab hampir kumpau kelmarinnya.. maka trip ini diatur untuk membawa anak2 buah mandi kolam, yang boss2 mestila memancing.. hehehe. Enjoy la gambar-gambar di bawah..

Boss main tipu.. ada ka nda dengar ikan suda bawa lari ikan. huhuhu


Happy pemain QPR dapat ikan besar.. Music to my ears. Ada video tapi besar betul haha..



Sudah saya bilang.. ini ikan makan besi.. haha


Paling Sukses casting ni kali.. terubat juga rabut ikan keli. Nasib dia.. kalau ada 8g tu. cess


Oii.. ikan apa tu?


Ini ikan yang saya tarik.. hahahaha (menipu)


Ini pun saya juga hahaha (kedapatan menipu)

Barisan geng-geng pancing. Pemenang bagi trip ini jatuh kepada tu.. yang pakai tudung tu...



Campin betul suda saya casting.. selipar pun boleh sangkut. 



Ikan Pertama di Sarawak

Ini kali la.. Lama suda nda post di blog ini. Mus suda add ID tapi belum ada update.. apa pun..ini gambar suda bertapa dalam laptop untuk beberapa lama.. jadi enjoy saja la.. Gian memancing punya pasal.. turun sebelah petang di Sungai Bara @ Telang Usan. Casting dalam 20 minit lepas tu acara tradisional la.. bottom umpan cacing.. Dekat2 mau pulang ada pla dapat... tapi nda begegar pun joran.. huhu.. anak ikan la pula..


Ini saja senjata di sini.. hu hu hu


Ini medan perang. Air kecil...


Menunggu sesaat saja hatiku curiga... bila joranku goyang-goyang~


Menunggu sampai main pasir tu...


Akhirnya dekat2 mau pulang dapat ikan ini.. kecil ja.. nda terasa pun rod 10lbs.


Nasib ko kicik kalau ko besar sikit, peduli saya, masuk perut juga hahaha





Friday, 15 June 2012

Trip Super Kumpau Lohan Akuakultur vs Sungai Biru

Lepas Trip Patin Oh Patin hari tu, Kakak pula tidak puas hati sebab tak da patin dia dapat tarik. So, hari seterusnya satu lagi trip diatur untuk memuaskan hati-hati pemancing yang tidak puas hati akibat ke"kumpau"an ikan patin pada hari sebelumnya. Tapi kali ini nasib betul-betul tidak menyebelahi di mana bila sampai ke Lohan Akuakultur, Penjaga kolam dah balik. Dia gi tolong buat pelamin. Anak buah kahwin.

Jadi padang permainan ditukar ke Sungai Biru Lohan kerana Lohan Eco Ranch terlalu jauh dan hari mula mendung. Takut pula budak-budak yang ikut ni kena hujan, demam susah nanti. Sampai sahaja di Sungai biru di kolam utama ikan tilapia dalam 500g-900g mula berkejar-kejaran. Tengok dekat2. Fuh!! Baung besar lengan BadukangBoy yang sudah naik berat ni. hahaha. Bukan itu sahaja. Ikan Kaloi dalam anggaran 2kg + pun ada. Ini yang membuatkan tangan mula gatal.

Tapi apakah daya apabila ditanya kepada penjaga Sungai Biru, adik perempuan yang jaga itu memberitahu "Tauke tidak bagi pancing oh" Boom! Straight Strike Kumpau. Ceh... rugi umpan... nasib la hari hujan.. kalau tidak... hmm.. apa pun diharap trip seterusnya akan berjaya. Layan la dulu gambar-gambar kumpau ni.


Rupa-rupa kumpau... Kesian... nanti masa raya la kita mancing lagi.. :)

Trip Patin Oh Patin Lohan Akuakultur

Lama dah terperap Trip ni dalam Laptop belum Upload gambar lagi. Kali ini trip sukses masa cuti hari tu. Port biasa, Lohan Akuakultur. Kali ni bos mau try tarik patin. Maklumlah trip sebelum ini telah berjaya meracun Admin Jom Pancing untuk mencuba Patin Lohan Akuakultur. Dengar kata beberapa hari sebelum trip ini, ada orang pancing Keli Afrika 4.5 Kg. Dapat seekor terus balik. Apapun semoga terhibur dengan ikan-ikan dalam Trip Patin Oh Patin Ini.

Ini main tipu. kena di badan. BadukangBoy hanya mampu melihat dari jauh. Bos suda strike dulu.


Admin Jom Pancing a.k.a Esam naik keli pula. Memang tegar ni. Sampai dari Beaufort saja terus bawa gi mancing. Jeles tengok ikan kami tu. haha


BadukangBoy jeles. Ambil kesempatan enterframe. hahaha


Happy oh ni bos dapat tarik patin. Yang ini kecil saja.


Naik lagi. Sukses betul oh bos kali ni


Mana mau lari? Ini Lohan Akuakultur Abang Long yang Pegang!!


BadukangBoy : Aku tidak kumpau!!!


Trip Lohan Akuakultur yang seterusnya akan dijalankan masa raya nanti. booking sudah dibuat awal-awal lagi. untuk memastikan ikan-ikan ini bertambah besar saiznya. hehehe







Tuesday, 12 June 2012

Lohan Akuakultur Ranau

Lama tidak update fishing spot walaupun ada trip ke tempat-tempat yang ada dalam post-post sebelum ini. Kali ini GPIII akan berkongsi satu spot yang terdapat di Ranau. Oleh kerana susah mahu mencari port memancing di Ranau, GPIII muat naik Map/Peta untuk ke Lohan Akuakultur.


Map jika dari Pekan Ranau. Silalah bertanya dengan penduduk setempat jika tidak dapat mengenali tanda-tanda yang diberikan oleh GPIII ini. Maaf kerana Google Maps tidak begitu clear di tempat ini.


Full map Lohan Akuakultur


Close up Lohan Akuakultur



Sedikit gambar-gambar dari trip-trip/post yang lama untuk tatapan :P



Sunday, 3 June 2012

GT-Ku Di Bintuka

Selepas pemanasan di Lohan Akuakultur ni kali di Bintuka pula. Nasib Bos suda booking bot. Jalan awal pagi, dekat2 jam 6 kali tu. Trip kali ni dua orang saja. Setengah hari ja kan. Apa pun ni kali la first time dapat GT Bintuka. Tu pun extra time sudah baru dapat tarik satu. Sedap ja lite rod kena tarik. hehehe.

Ni ja la yang paling dibanggakan dalam trip ni.

Gambar copy dari blog lain. hehehe. Untuk cerita penuh sila baca post terbaru di http://www.pulaugaya.blogspot.com/

Tuesday, 29 May 2012

4 Bulan ++ [Warm up Bintuka]

Disebabkan salah bawa set masa posting, 4 bulan lebih nda menarik apa2. Sampai ja di rumah, terus mengatur mau memancing. 2 Port yang mau dicuba dulu. Lohan Eco Ranch dan Lohan Akuakultur.
Dalam jam 8 sudah bawa lari kereta orang. hahaha. Sampai di Lohan Eco Ranch, baru sedar, spinner 6g di Sarawak. terpaksa la mencuba guna 8g. Besar betul. Banyak kali kena tarik tapi nda sangkut. Mungkin sebab hook besar sangat.
Penat di Eco Ranch, pi Lohan Akuakultur pula. Di sini la menyanyi reel, melengkung rod. Patin yang frenzy sudah makan umpan. Hasilnya.. tapi kalah pula sama tauke dia. hahaha

Pemanasan sebelum  Bintuka


Tauke dia. Besa la dapat besar. 



Tuesday, 27 December 2011

Lohan Eco Ranch

Lohan Eco Ranch. Terletak sebelum simpang ke Poring. Tempat ini sesuai untuk berkelah/bercuti/berkhemah/santai dan lain2. Terdapat banyak kemudahan di sini. Chalet,restoran,cam site, Kolam memancing, kolam mandi, flying fox, paint ball dan lain2. kali ini post mengenai trip ke Lohan Eco Ranch. Untuk menghubungi Lohan Eco Ranch sila ke http://www.facebook.com/groups/damaiecoranch/

Wow~ first time main di sini. 6 seater = rm 10 untuk 30 minit. 4 seater = rm 5 untuk 30 minit



Di sini la spoon BadukangBoy balik2 disambar. Last2 putus. Nda pa.. Sudah pulang modal. Rm3.50 ja. hehe apa pun Layan pic di mancing.


Yang ni kena di ekor. Haha sangkut masa roll reel