Sunday 28 August 2011

Umpan Memancing : Twisties??

               Pagi ni semasa BadukangBoy gi potong rambut, ada la majalah tauke ni. UMPAN. Belek2 best juga. Tapi part paling best bila baca bahagian umpan. salah satu umpan yang kena kasi tunjuk ialah snek ringan TWISTIES. Wow! Apa pun kita share-share la macam mana dia buat.

1. Beli sebungkus Twisties, x pun ambil la adik-adik ka... sapa2 yang da ada anak rompak la sebungkus.
2. Pastikan perasa Ayam/Keju. Klu perasa lain try2 la. mana tau kena makan
3. Umpan ini untuk sungai sahaja.
4. Dedahkan kepada udara beberapa hari sebelum diguna. Bila masuk angin susah hancur dalam air. jangan buka besar2 a.. karang lain pla makan haha.


                         Apa-apa pun selamat mencuba. Raya ni ada pertanding mancing di kampung so.. mau enjoy2 dulu. lama nda menarik ni. membuang ada.. tapi x da yang mau makan. hehehe

Sunday 7 August 2011

GP III Di mana ada air? : "Sungai Queen Elizabeth"

                   Semester lepas, Mus telah membuktikan ada ikan di sungai yang baru beliau namakan. Sungai Queen. Haha. Malam tu kami trolling di tepi sungai queen menuju ke arah Taman Rimba di mana tiba-tiba joran Mus disentap. ceh.Ayat skema oh. Susah mau menaip. haha. Ingat badukang yang tarik rupa-rupanya ikan bulan-bulan. Power oh. Malam tu BadukangBoy kumpau. sangkut ikan nda ada. sangkut hook di jari ada la. (Mus upload pic ko tu)
                   Baru-baru ni setelah di plan oleh PiranhaHunter dan BadukangBoy. Petang Jumaat tu kami (termasuk Ben dan Bacho) pi try la lagi nasib di Sungai Queen ni. Phuii surut pla air. Sampai jam 5 lebih belum ada yang menarik. Tarik sampah banyak. Paling menang BadukangBoy tarik Bra hitam. Tapi berpegang teguh kepada petua tahyul Mus, klu dapat pakaian dalam komfem dapat ikan pastu. Bacho dan Ben ketawa saja dorg. Tiba2 sedang casting kena tarik pla BadukangBoy. Ikan!!! Setelah tiada maaf bagimu dibagi pada ikan, maka naiklah dia ke atas.. hehe Dapat juga lesen Bulan-bulan selepas taiko Mus.
                   Bagi yang nda percaya ada ikan di Sungai Queen, tengok2 la gambar di bawah. Apa pun ikan di Sungai Queen ada daya saing macam Selungsung juga. haha jom try2..
Wah!!! Ikan!!! Inilah Sungai Queen. Cantik kan? hahaha

Anglers Delight 10 Jun & 17 Jun

                 Anglers Delight. Kolam pancing yang ada cerita kepada beberapa geng2 memancing termasuk Mus,Apin, Richie dan Pacik Azwal sendiri. (Psst.. Kita ja yang tau tu haha) Jun punya trip ada dua kali. satu trip duo bersama Apin(Bacho) + Badukangboy. Satu lagi trip Pacik Azwal, Mus, Richie (Piranha Hunter), Bacho dan BadukangBoy.

                Di sinilah kesabaran Pacik Azwal di"test" apabila ikan pertama Titir memutuskan talinya. Besar tu~~ Lepas tu Bulan-bulan pula bawa sparring, putus lagi tali. Yang selebihnya nda nampak. Yang komfem ada dalam 4 kali putus. Beliau pun berkata " mau beli tali braided juga ni" hahaha..

               Masa ni juga la Bacho mendapat habuan pertama beliau setelah minggu lalu nda dapat menaikkan ikan. Selungsung makanan dia. Tu Piranha Hunter bawa balik. Stim sedap oh. haha ada chef baru kita ni. apapun tengok2 la gambar untuk dua trip berlainan ni. Lain kali mau bawa compact cam ka baru best upload dalam blog. Kepada geng2 sekalian puasa ni mau turun mana? gatal da tangan ni tau. Pacik Azwal, suda beli braided? hehe
Bacho~~ Kau juga la yang hensem

 Aduh tebakar kulit. Macam kena panggang. Tapi ikan yang penting :D