Tuesday 11 December 2012

Bintuka Trip 9 Dec 2012 [VIDEO]

Video Bintuka Trip 9 Dec 2012. Kualiti cap ayam biasa la.. besar betul kan mau upload. Kalau line fiber optic sanggup juga tu upload high quality. Apapun.. enjoy la ni video. Bukti pesta di Bintuka tu hari.

# Video 1 : BadukangBoy yang "ke-rabut-an".


#Video 2 : Juara Kerapu trip ini : Esam@Jom Mancing


Bintuka Trip 9 Dec 2012 [Pesta di Lubuk kerapu]

9 Disember 2012. Trip penutup ke Bintuka yang diatur oleh Bos Admin blog Jom Pancing. Walaupun air tidak berapa cantik disebabkan lama tidak turun, maka trip ini dijalankan juga. Macam biasa 2 tong minyak telah dibawa. 5 set senapang spinning dibawa untuk kali ini. 4 untuk acara hardcore Bottom dan satu untuk test power Acara pengenalan Casting.

Jarak daripada Beaufort ke bintuka lebih kurang 36km dan mengambil  masa selama lebih kurang 1 jam untuk sampai. Jadi kami chow dari rumah dalam jam 5.30 pagi. Map ni diambil masa beli minyak untuk trip ini.

Walaupun hanya bergantung kepada Android GPS dan Google Map, bagi yang biasa di Bintuka, mesti tau mana lubuk2 yang berpotensi. Google map juga menunjukkan sungai-sungai kecil di sepanjang perjalanan dalam trip ini.
Besarkan Imej untuk lebih jelas.


Sebelum bermula mesti ada umpan.. jadi kami singgah di kolam udang untuk mengambil umpan kami kali ini. Trip kali ini udangnya besar2. Hari tu sampai 2/3 ekor satu kali buang.

 Kolam Udang


 BadukangBoy : Cua ko ajar sy macam mana mau merambat ni..



Begini saja...1..2...3~~


Saiz-saiz udang untuk hari ini.


 Kerapuku yang pertama selepas rabut dua kali.


Spek hensem suda... Tapi yang ni rabut. putus lagi tu.


Yang kedua~ lubuk kerapu bagak2. Nasib bos pandai guna teknik memancing ikan tuna. hahaha


Sukses~sukses~sukses~


Yang Utama~~ Keluar juga Kerapu yang betapa di bawah sana.


Close-up sikit~~


Inilah kejadian 2 ekor kerapu. hahaha. Tiada maaf bagimu.

Ikan-ikan lain pun ada.. ikan putih ada.. ikan tanda ada.. tapi tidak cukup menghairahkan untuk diupload. Sudahlah banyak kali rabut. Gara-gara berhati-hati ada monyet nda sempat hook up. Rabut 2 kali di Balingkatak. Lain kali bawa lastik la ni tau..

Juara Pancing Piala Monsun BH2012

Baru-baru ni BadukangBoy diberitahu oleh Admin blog Jom Pancing yang juara pancing bagi Piala Monsun Berita Harian 2012. Apa yang menariknya, juara dia ni.. dapat ikan Belukang. Sini panggil Badukang. Kalau sebut badukang, BadukangBoy ada rekod 21 ekor dalam setengah jam. Kalau ikut.. mati2 RM 30 000 tu masuk poket hahaha.. Apapun itu hanya gurauan... Enjoy pic di bawah.


JUARA: Sidi Latif Omar, 28, peserta dari Terengganu meraih RM30,000 selepas mendapat ikan belukang seberat 1.58 kilogram yang dipancingnya dalam pertandingan memancing sempena Piala Monsun 2012 anjuran Berita Harian dan kerajaan Terengganu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.- Foto Rozainah Zakaria

Sumber : Berita Harian Online.